Lokman Hakim

ASIA - Malaysia

Lokman Hakim

Lokman Hakim merupakan seorang jurutera lulusan Ijazah Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi MARA Shah Alam dan bekerja dengan syarikat kontraktor pembinaan dari tahun 2007. Beliau berasal dari Sibu, Sarawak dan kini bermastautin di Kuala Lumpur. Sehingga ke hari ini, beliau telah menerbitkan 15 buah novel, dua buah kumpulan cerpen dan sebuah kumpulan puisi. Cerpen-cerpennya banyak tersiar di Berita Harian, Mingguan Malaysia, SelangorKini, Utusan Borneo, Cukaria dan majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpennya yang berjudul “Pengap” telah disenarai pendek untuk memenangi Hadiah Cerpen Komanwel 2019.

Lokman Hakim is an author of several books, comprising of novels, collections of short stories and poetry, with genres spanning from science fiction, thriller, young adult and fantasy written in the Malay language. His short stories have been published in local newspapers, literary websites and national literary magazines. He works as an infrastructure engineer for a construction company.

 

By Lokman Hakim